Monday, November 2, 2009
splash! splash!
my first miniature bear
ini lah miniature bear yg pertama saya buat.
p/s: ada sedikit kecederaan pd hidung bear ni. jannah la yg buat sape lg...
Thursday, October 29, 2009
can i?
al maklum la... saya kan hanya pandai guna icing tip 'rumput' jek... so kena la semuanya berunsur rumput sahaja buat masa ini..
sama2 la kite tgk hasilnya nanti...
p/s: skang saya minat nak venture into cupcake photography.. cik sarah.. sila bg tunjuk ajar :)
hari gigi sedunia
pertama, saya kena hantar maid saya ke klinik gigi sebab gigi dia sakit, doktor cabut gigi dia yg sakit itu, sudah rosak teruk.
ke-dua, saya buat check up gigi (rasa nya dah 2 thn saya tak jumpa dentist.. masa tunggu maid saya buat treatment, terasa plak mcm nak buat check up).
ke-tiga, gigi saya kena tampal (baru saya tahu gigi geraham kecil saya di sebelah atas ada lubang kecil).
ke-empat, doktor nasihatkan supaya saya cabut gigi geraham bongsu saya.
saya ingat lg dulu masa skolah rendah saya kena lead budak2 darjah dua gosok gigi lepas rehat sblm masuk kelas.. haha.. skang skolah ada buat mcm tu lg ke ek?
Monday, October 26, 2009
tonosh!
>>>
jannah akan kata, “mama, tonosh!” (tonosh = petronas).
smalam, masa saya tgh buat kerja kat notebook saya (dgn jannah berada di atas riba). tetiba jannah cakap, “mama, tonosh!”. cuba jugak saya mencari gambar seperti yg di atas ni pd paparan notebook saya tuh… tapi takde. so saya tanya jannah, “mana tonosh?”.
lalu jannah menuding jarinya ke arah ini :
>>>sedikit takjub saya… hmmm… nampaknya kena la saya beli flash card Glenn Doman ni..
Sunday, October 18, 2009
my first project (yg menjadi??..... hehe)
Friday, October 16, 2009
jannah... now & then..
perempuan berkalung sorban
Wednesday, September 30, 2009
ujian...
ok la.. setakat ini saja.. nanti saya cite tentang raya kami sefamili tahun ni..
Friday, August 21, 2009
salam ramadhan
selamat menyambut ramadhan kepada semua umat islam.. kepada mak, bak ngan pak itam kat kg (ingat lg masa dok sensorang dulu mak slalu tepon kejut bangun sahur.. hehe), kawan2 (teringat time uni dulu bangun sahur makan nasi kerabu koboi jek tetiap ari.. huhu), hubby (this year first day pose kite dpt pose sama ek!) dan sesiapa saje yg mengenali diri ini (ayat standard la nih)
everytime ramadhan datang saya slalu azam tanak ponteng terawih (except waktu ke'uzur'an ye..) dan khatam 30 juzu' al-Qur'an dlm bulan yg mulia nih. tp setiap kali itu jugak la saya tak dpt nak memenuhi azam itu.. bagaimana dgn tahun ini? sama2 la kite doakan...
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpin lah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita mohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua
Wednesday, August 12, 2009
what colour is this?
Wednesday, August 5, 2009
ada rezeki saya (lagi..)
jadi saya terpaksa la membeli hp yg baru.. ini gambar hp baru saya. terpaksa saya membeli yg ada keypad setelah me'realize' akan kepayahan menaip msg menggunakan touch screen.. huhu.. (tp masa beli salesman tu pesan, jgn msg2 guna hp ni kalo tgh drive.. saya rasa pon gitu gak, pasal keypadnye bnyk, agak mengelirukan)
belom abes cite lg...(pasan tak cite saya kat atas ni tak kena ngan tajuk entry ni?) ok sambung. kelmarin saya menerima panggilan (di talian tetap rumah saya), org itu telah menemui hp saya! rupa2 nye saya tercicir hp tu kat dlm meeting room.
alhamdulillah.. ada rezeki saya... sgt2 bersyukur, walaupun dah terbeli hp baru... kalo beli lambat sket pon ok kan.. tp tu la, di zaman skang ni tepon tu dah jd mcm nasi.. tak boleh takde lama2.. huhu
Monday, July 27, 2009
pink kaler!
sangat seronok bile tgk bunga2 nih! salah satu terapi minda.
Saturday, July 25, 2009
Cookies on CupcakesChek
CupcakesChek offers butter cookies decorated to suits your occasion! =) Choose either royal icing or fondant as your cookies decoration.
Cookies Pricing:
Royal Icing
Each pieces priced at RM1.00.
Fondant
Each pieces priced at RM1.90.
Cookie lolly
Each pieces priced at RM1.20.
Minimum order is 30 pieces.
Packaging:
Price includes simple packaging: a clear plastic treat bag.
Accessories:
Accessorize your cookies with a tag and ribbon at RM 0.15 per piece.
Mini Cakes on CupcakesChek
Mini Cakes Pricing:
Each mini cake is priced at RM 7.50 per piece. (Additional charges depends on intensity of decoration)
A mini cakes set includes 3 pieces of minicakes. Order has to be in number of sets and not number of pieces.
Mini Cakes Flavour:
All mini cakes are made from butter layer cake.
Special Mini Cakes:
Special mini cakes are made from 'Kek Lapis Sarawak'. Here are the available flavours that you can choose from:
1) Kek Lapis Cadbury.
Ingredients: condensed milk, flour, Marie biscuits, eggs, Cadbury chocolate
2) Kek Lapis Kandos.
Ingredients: condensed milk, hongkong flour, eggs, kandos chocolate
3) Kek Lapis Masam Manis.
Ingredients: condensed milk, Marie biscuits, eggs, kaya, gula gambir
4) Kek Lapis Prune.
Ingredients: condensed milk, hongkong flour, eggs, kaya, prunes
5) Kek Lapis Waterfront.
Ingredients: condensed milk, hongkong flour, eggs, kaya, horlicks
6) Kek Lapis Lumut.
Ingredients: condensed milk, nestum, eggs, kaya, horlicks
7) Kek Lapis Chocolate Chips.
Ingredients: condensed milk, hongkong flour, horlicks, eggs, kaya, chocolate chips
Special Mini Cakes Pricing:
Each mini cake is priced at RM 11.00 per piece. (Additional charges depends on intensity of decoration)
Cuppies on CupcakesChek
Cuppies Pricing:
Buttercream
1) 25 pcs of 2.0 o.z. cuppies: RM 45
2) 25 pcs of 2.5 o.z. cuppies: RM 65
Fondant
1) Each piece is priced at RM 2.30 (Additional charges depends on intensity of decorations)
(Minimum order: 16 pcs)
Available flavour:
1) Chocolate
2) Vanilla
3) Blueberry
Monday, July 13, 2009
my frangipani a.k.a plumeria a.k.a kemboja
ada lg dua pokok kemboja sudah mengeluarkan putik2 bunga. saya akan post kan gambarnya di sini nanti, bila ia dah mekar berkembang. (hopefully, until that time saya takde la diarahkan berkursus ke mana2... kalau tak, mungkin pisang akan berbuah 2 atau 3 kali.. hehe)
p/s: sarah, ini boleh jd objek projek kite? menarik gak nih...
Thursday, July 9, 2009
menjawab soalan cik sarah
Tuesday, July 7, 2009
bunga kemboja ku layu
Wednesday, June 24, 2009
semoga rohnya dirahmati Allah
so bile saya rapat dgn kak nana, secara tak langsung saya baik jugak la dgn arwah. arwah mmg baik orgnya. derang ada 2 org anak, fatin, 9 thn dan aqmar, 5 thn.
kronologi
19062009
semasa saya ke rumah kak nana, arwah ada. sempat la saya berbual dgn arwah, tanya2 pasal kerja dia. sebab dia keje ngan kontraktor petron*s. so sedikit sebanyak saya tahu la nature projek nya tu. dulu dia ada projek kat seremban tp skang projek tu dah habis. projek yg baru di segamat.
22062009
saya telefon kak nana, nak tanya arwah pasal jalan ke segamat kalau dr alor gajah ni. saya telah diarahkan (secara adhoc) oleh bos saya utk menghadiri satu mesyuarat kat segamat (malas sebenarnya nak pergi, dah le sehari jek... buat penat travel jek). kak nana kata, arwah ada kat segamat, takde kat rumah. so saya pon tepon arwah. arwah bg direction & contact hotel yg ok kat segamat utk saya duduk.
23-24062009
mesyuarat kat segamat tu postpone ke bulan depan. sungguh lega! selepas saya update blog.. saya ceting ngan hubby.. (pakai videocall). cakap punye cakap dah pukul 12.30 pg. saya pon solat isya' (sebenarnya sgt segan utk dimaklumkan di sini, sgt lambat sekali menunaikan solat isya' ya!). so by the time saya nak tido, jam dah pukul 1 pg. baru saya nak terlelap, dgr tepon ringing, tgk2 nama mak yg appear. sgt suspen, paham2 je la... biasanya kalau call di waktu2 mcm ni, mesti ada emergency. (bak sakit kena kayap, dah dekat sebulan, 2 minggu yg pertama tgn bak sgt2 sakit. sekarang sakitnya kadang2 ada. so bile mak call time2 mcm ni, dlm kepala saya hanya terfikirkan bak). mak bgtau saya berita sedih itu.
---------
begitu la cerita nya... lepas mak call, saya tak dpt lelapkan mata. saya terfikirkan kak nana. saya bayangkan bagaimana kalau saya yg berada di tempat kak nana. mampukah saya hadapinya? saya terbayangkan wajah anak2 derang. tambah sedih.
bagaimana pula kalau saya yg ditempat arwah? bersediakah saya? walaupun sebenarnya benda ni mungkin semua org sedar - 'ajal blh tiba bila2'. tp statement ni slalu kite parking dlm kotak pikiran kite yg paling belakang. 'bila2' itu kite tafsirkan mungkin 20-30 thn lg, sedangkan bila2 itu blh jd BILA2, blh jd sedetik dr noktah yg mengakhiri ayat ini.
semoga roh arwah dicucuri rahmatNya. semoga kak nana tabah menghadapi hari2 mendatang. saya hanya mampu berdoa utk keduanya.
Al- Fatihah
Tuesday, June 23, 2009
lamanya...
balik kg!
04062009 - pd malamnya, lepas hubby abes keje dan sampai ke melaka, kami sekeluarga pulang ke kg. tepat jam 12 malam, saya pon ucap 'hepi besday' pd hubby dan bg hadiah pd hubby. tahun ni saya bg jam tangan kat hubby... masa tu hubby tgh drive. sungguh tak bersabarnya hubby sehingga sanggup berhenti di tepi jalan sebentar utk membuka hadiahnya itu..
berehat
05062009 - hari ni kami berehat. kumpul energy utk journey yg panjang ke kelantan pada keesokan harinya. so takde ape2 aktiviti menarik.
trip ke kelantan
06062009 - kami bertolak ke kelantan pd jam 9 pg la lebih kurang. kami tiba kat kelantan pukul 6 ptg kot. lepas solat asar, kami ke pantai.. btol2 depan rumah arwah atuk hubby. rumah tu rumah pusaka, takde org duduk. sekali sekala, mazlan - sepupu hubby, ada la dtg tlg tgk2 kan rumah tu.. (sgt terlupa utk men'snap' gambar rumah itu). lupa plak nak ckp.. ni pertama kali saya dtg kg hubby kat kelantan ni..
menghias bilik pengantin
07062009 - esok adalah hari perkahwinan sepupu hubby (bukan mazlan itu, mazlan sudah berkahwin ya). saya, rina (adik ipar saya) dan ibu mertuaku menolong menghias bilik pengantin.. segala bunga2 yg disediakan oleh kakak mak andam (saya agak jek.. rasanya kakak tu mak andam) kami gunakan... bunga2 dililit sehingga ke meja solek.. huhu
petang tu kami ke kota baru. pergi pasar siti khadijah. saya beli tudung 2 helai. (perbelanjaan yg tidak disengajakan.. huhu)
ke pejabat tanah & makan nasi minyak
08062009 - pg tu saya dan hubby hantar ibu mertuaku ke pejabat tanah (antara tujuan utama blk ke kelantan). ada urusan yg perlu diselesaikan. semasa menunggu giliran, baru perasan yg kami takde salinan geran lama. hubby pergi ke kedai berdekatan utk buat salinan. jd nombor giliran kami dgn baik hatinya kami nak pass la kat org2 yg nombor giliran nya mungkin terkebelakang. skali makcik tu kata "takpe la... lgpon kat sini dia x ikut sgt nombor giliran.." (of course la dia ckp dlm loghat kelantan tp saya x tahu nak taip mcm mana.. huhu). sungguh pelik, mesin utk meng'produce' nombor giliran ada.. skrin yg memaparkan nombor giliran ada.. tp apsal makcik tu kata gitu. tu pasal la dr td saya tgk nombornya x bergerak.. sungguh pelik. tp akhirnya kami berjaya men'settle'kan urusan tanah itu.
tgh hari kami makan kenduri. boleh tahan sedap.
selepas makan kenduri kami pergi ke rantau panjang. saya beli periuk 3 biji. (perbelanjaan yg tidak begitu dirancang..huhu)
balik semula ke endau
09062009 - hari ni kami pulang semula ke endau. kali ni ikut jalan pantai. so lalu la kuala terengganu. saya telah melihat keruntuhan stadium yg diheboh2kan itu. sungguh dahsyat. seb baik takde kemalangan yg terjadi.
balik semula ke melaka
10062009 - kami balik semula ke melaka. raihan (adik ipar saya yg bongsu), rina (juga adik ipar saya) dan ibu mertuaku ikut kami pulang bersama. tp rina kena naik bas. satriaku itu tak mampu menanggung muatan.. huhu.. kami telah mendapat hint2 utk membeli kereta lg besar. tp nanti la dulu ye... ada rezeki, InsyaAllah.
kerja smula
11-12062009 - nak cite gak ke yg ni? takyah le....
membeli kain langsir dan baju raya, melawat org uzur dan ke kandang kambing
13062009 - tujuan ibu mertuaku ke melaka adalah sebahagiannya utk membeli kain langsir di kedai kegemarannya , Jekel (betol ke saya eja nih?). jd pg itu kami ke kedai tersebut. semasa sebok memilih langsir, dj kedai itu kata ada lelong tergempar akan dibuat lg 10 minit di tingkat bawah. ibu mertuaku amat excited dan mengajak kami ke bawah dgn segera. kami berjaya membeli kain yg harga biasa nya rm90 sepasang pd harga rm40 sepasang (tp at least kena beli 3 pasang).. lepas makan tengah hari kami ke bukit baru utk melawat ayah angkat ibu mertuaku yg sudah uzur. sungguh sedih melihat atuk itu. rasanya umurnya sudah mencapai 100thn.
ke kl utk berkursus
14062009 - kami bertolak ke kl. sebelum ke sunway, menghantar ibu mertuaku dan adik2 ipar ke rumah abg ipar di ampang.
kursus.. ilmu yg sgt bermakna
15 - 19062009 - saya mengikuti kursus yg dianjurkan oleh ichem*.. bnyk ilmu yg ditimba. omputeh ni kalo mengajar bagus betul.. tidak sesaat pon dipersia2kan... pd ptg 19062009 tu kami balik semula ke melaka. oh ya! salah satu dr hari tersebut kami makan di ikea. jannah sgt suke mkn fries itu!
rumah sunyi semula
20062009 - ibu mertuaku dan adik2 iparku balik ke mersing menaiki bas.
rasanya itu je kot yg mampu di'update'.. sungguh panjang bukan? saya tak larat nak baca semula utk membetulkan struktur ayat yg memang sedia tak betul itu.
time kasih kerana sudi membaca!
Monday, June 1, 2009
update!
tv
hmmm... tv rumah saya dah sampai... so rumah saya tak sesunyi dulu lg... (dan mungkin sbb tu jugak saya takde motivasi yg kuat utk on laptop saya dan meng'update' blog.. huhu)
movie 'laskar pelangi'
saya juga dah tgk movie laskar pelangi tu sampai abes... sgt sedih... saya menangis! (seb baik saya pandang kiri kanan ada gak kakak2 lain yg dok kesat air mata.. huhu). sgt sedih bila lintang meninggalkan sekolah...
sakit mata
weekend lepas mata saya sakit! tak pernah saya sakit mata mcm tu skali.. mata saya sgt pedih bile saya bukak mata... so saya jadi mcm 'buta' sekejap hari tu, baru la saya sedar betapa besarnya nikmat penglihatan yg Allah beri ni (dulu sedar gak.. tp skang lg bertambah sedar.. huhu)... hari tu, satu hari saya tido, pasal tak boleh bukak mata...
binatang peliharaan baru kami
dan kami ada pet baru... seekor hamster kecil... saya belikan utk jannah.. sebab jannah sgt suka pada binatang... saya nak namakan hamster tu 'linny' sempena nama character hamster dlm wonderpets tuh! (hubby... tolong terima cadangan saya ni ye... huhu). nanti saya amek gambar linny dan post kat blog ni ye..
itu saja la update saya...
Monday, May 18, 2009
tangan tangan
Saturday, May 16, 2009
i hit three-O
sarah - wish thru msg di telefon pg ini & kat entry blog nya..
ina - wish di ruangan comment blog saya. semalam..
gee - wish di yahoo msger (off-line msg) walaupon rasanya gee tersalah tarikh, pasal masa dia wish tu 1st may (hari pekerja), birthday saya 16th may (hari guru).. takpe la.. guru pon pekerja jugak.. dihalalkan.. hua.. hua..hua...
pak itam - wish malam tadi.. siap mintak kek plak lg tuh.. saya pon kompius, birthday sape sebenarnye nih?? huhu
hubby - wish awal pg td, pukul 1 pg.. sbb hubby set alarm kat hp kul 12 pg tp x tersedar, seb baik sedar kul 1 pg.. kalo tak..?? huhu..
semoga hidup saya diberkatiNya.. amiin..
dan ini gambar birthday cake yg hubby beli dan paksa saya potong dan makan pg2 buta tu, walaupon mata saya rasa nak tertutup sgt2..
maaf atas kualiti gambar yg kurang memuaskan... gambar diambil dgn hp saya, kamera saya baru ptg ni saya gi amek kat kedai...
dan lg satu, cupcake tak sempat nak buat... lg pon pasal dah ada kek kan.. so next week ye kengkawan!
Friday, May 15, 2009
laskar pelangi the movie
hari ini saya berpeluang menonton filem ini. saya tgk muvi ni di training center hall di tempat kerja saya. aktiviti ni anjuran persatuan wanita bersama badan kebajikan islam di tempat kerja saya. malangnya, saya hanya sempat tgk separuh..(pasal tgk ni time lunch break... so x sempat abes satu muvi tuh). next week derang sambung balik..
sebelum tayangan
cik sarah: company ko beli cd nye ke? ori ke cetak rompak? hehe. aku tringin nk tgk. baca novel dia yu, best. tangkap leleh gak, ada part2 nye la, sedeh... huhu. tp best lah. ada sequel jugak, lg 3 buku, andrea hirata tu wat tetralogi, tp yg muvi ni dr novel no 1 tu je. sambungan dia ialah bila bebudak tu dh besar, sang pemimpi, edensor ngn mariamah karpov. aku baru sampai edensor separuh, mariamah karpov xdak versi melayu lg, versi indon je skrg hehe... aku nk p tgk kat pp* la mggu depan! hahaha
saya: kalo cenggitu aku nak tgk la ari ni...
cik sarah: hehe. slmt nonton! kirim salam sama ikal dan lintang ya hehe..
selepas tayangan (yg tak sempat nak habis itu..)
saya: sarah... aku dah tgk laskar pelangi tuh.. tp tak sempat abes... sambung next week... best2... awal2 jek dah hampir ternangis... ternangis pasal happy, akhirnya harun dtg menyelamatkan keadaan... tak sabor nak tunggu next week.. td tgk sampai depa menang carnival tu jek.. pastu dah kena stop.. takde sub-title melayu, so aku rasa ni dia dpt dr indon kot cd nye... berguna la gak perkataan2 jawa yg blajo ngan gee dulu.. haha..
cik sarah: bestnye dpt tgk laskar pelangi. aku entahlah bila nk tgk, patut aku pesan kat bibik aku carikan dvd laskar pelangi kat medan tu kan? huhu. japgi aku nk try sms dia la haha.
p/s: sarah... cuba ko teka yg mana lintang yg mana ikal dlm gambo tuh... (between yg 3 org yg kat tgh tuh..) huhu..
Wednesday, May 13, 2009
tv - satu keperluan ke?
tp skang rumah kami takde tv. tv kami dah pon kami bg pd mak ngan bak masa derang dtg aritu. tv kat kg rosak, dah berbulan lama nya.. kesian bak, tak dpt nak tgk rancangan feveretnya - kalam suci di astro oasis.
so dgn rela hatinya kami bg tv kami. sebenarnya kami dah beli tv baru, tp sampai skang tak sampai2 lg.. takde stok.. bayangkan lah, ni dah nak masuk 2 minggu, tp jgn kata tv, kotaknya pon tak nampak bayang lg. memang lepas ni kompom saya takkan beli brg kat c*urts lg!! sgt2 slow, pastu tak pernah nak update status tv saya tu camne...
bile takde tv, mcm2 saya rasa:
- saya tak tahu dunia luar, pasal saya takde masa baca paper, so harap tgk berita kat tv jek..
- masa lambat berlalu, sedikit bosan kengkadang..
- jannah lebih bnyk masa main dgn saya (pasal jannah suke tgk iklan, kalo iklan keluar, memang mata dia takkan lepas dr pandang tv, dan bayangkan lah brape bnyk iklan ada dlm setiap rancangan tu kan...)
- saya ada masa nak mem'blog' pasal tak leh layan tv.. huhu
haa.. hari ni hubby forward msg ni kat saya. 'kamu boleh datang ambil camera kamu. sudah siap baiki. from fotokem mahkota parade..' hehe.. akhirnya! so lepas ni InsyaAllah saya akan mula ber'karya' kembali... (rasa2 mcm fondant dlm simpanan saya dah expired jek! huhu)
saya plan nak bake cupcake utk birthday saya.. kite tgk hasilnya nanti mcm mana ye.. huhu...
Tuesday, May 12, 2009
35 hari selepas resolusi baru saya
for your info, last time i weighed 62kg. just now, i've got the courage to step on the scale, and alhamdulillah, i weighed 58kg. i loss 4kg in 35 days... ok la tu.. better than to lose nothing kan.. (tgk tak 'the biggest loser'?.. derang turun the same weight in one week... tp boleh la.. depa takde keje lain, dok exercise seharian. huhu)
skang saya dah ada 2 org rakan yg mempunyai misi yg sama. ini buat saya lg bersemangat!
semoga misi kami akan berjaya! my aim: by the end of this september, i'll be weighing 50kg. realistic enough tak? haha... so sebulan at least saya kena turun 2kg.
why the target date is end of september? hehe... bila tiba masanya saya akan bgtau... buat masa sekarang, bak kata dato' siti, 'biarlah rahsia'... hua..hua..hua..
Sunday, May 10, 2009
selamat hari ibu mak!
esok mak ngan bak akan balik semula ke kg. sekejap jek rasa nya. this year saya dapat sambut hari ibu dgn mak. selamat hari ibu mak! takde ape yg dapat saya bg setanding dgn kasih sayang mak selama ni. hanya sepasang baju yg tak seberapa harganya. (tak plan pon sebenarnya nak bg baju tu, cuma masa ke kedai kain utk beli kain baju maktok, saya tanya mak kalau2 ada yg dia berkenan.. mcm biasa. mak pilih kain kaler hitam.)
kepada kawan2 saya yg ibu mereka sudah kembali ke rahmatullah.. saya doakan semoga roh ibu mereka dirahmati Allah. Al-Fatihah.
Tuesday, May 5, 2009
entry selepas pulang dari kursus
Wednesday, April 29, 2009
getting old
dah dekat 30 tahun saya hidup kan. kalau saya sebatang pokok, mesti ukur lilit nye dah sebesar pokok balak. kalau saya seekor singa, saya sekarang boleh dikira seekor singa tua. (life expectancy of a lion is 35 years under optimal conditions). hakikatnya, saya human being, manusia, insan..
looking back... apa yg telah saya capai sepanjang hampir 30 tahun hidup ni? masih banyak yg kurang, jauh lg dr sempurna..
adakah saya takut jadi semakin tua? hmmm... ntah la... rasa mcm takde ape2... tp kan.. baru saya perasan, skin care regimen saya skang semuanye start dgn perkataan 'anti-aging', 'age-resisting' dan yg sewaktu dgn nya.. hehe...
Tuesday, April 28, 2009
adakah saya sudah sedikit kurus?
hari sabtu lalu, saya cuba pakai sehelai baju yg tak pernah saya pakai. kenapa tak pernah pakai? hehe.. segan plak nak cite.. saya beli baju ni lepas abes pantang dulu. saya tak cuba dulu baju tu. sebab saya rasa mcm boleh muat jek! skali bile saya cuba kat rumah.. paham2 sendiri je la kan.. huhu.. tak muat!!!
berbalik kepada kisah pada hari sabtu yg lalu... ntah mcm mana, saya teragak nak pakai baju tu. dan sgt tidak disangka-sangka, muat!!! hehe... adakah saya sudah sedikit kurus?
dan masa amek jannah kat rumah kak nana tadi (kak nana ni cousin saya), kak nana kata, "kakak, awak nampak mcm dah kurus sket..". hehe... tp tu la.. belum timbang lg ni... ntah2 sama jek sebenarnya kan..
Thursday, April 23, 2009
berkata benar
akhlak yg mulia
ini lirik nasyid masa saya darjah lima... masa tu kami ada pertandingan nasyid, dan sekolah saya kalah... huhu... (tp bukan sebab suara saya tak sedap tau! sebab saya rasa sekolah2 lain bawak lagu yg lagi mencabar vokal mereka.. hehe..)
sampai skang saya masih ingat lirik nya... masa nyanyi dulu, saya hanya sekadar nyanyi... takde kesan dlm hati pon... tp last week, saya terfikir sesuatu... pasal tipu = bohong = tidak berkata benar...
bila kali terakhir kite tipu? tak kira la pada sape...
saya? hmmm.... tiap kali ada promoter kad kredit approach saya, saya akan kata "saya dah banyak kad kredit...". padahal saya hanya ada satu je...
kalau ada promoter perfume bg tester perfume pada saya.. saya kata "tak wangi la..." padahal sebenarnya saya tak berminat nak beli perfume tu...
bila hubby tanya "nak breakfast ape hari ni?".... saya kata "tak kisah la..." padahal saya nak makan nasi lemak! cuma saya lg suka hubby yg tentukan... sbb saya tahu hubby suka makan roti canai..
pg tadi... ada org tanya "awak dah breakfast?" ... saya kata "dah.." padahal saya belum breakfast, cuma saya tanak breakfast... (diet la katakan... huhu)
benda2 remeh... tp masih dikira tidak berkata benar kan?
kenapa saya buat mcm tu? hmmm.... ada ketika kerana saya lebih mementingkan kepentingan org lain dr diri saya sendiri... ada ketika sbb saya rasa adalah lebih baik kalau saya bgtau ape yg org suke nak dgr dr apa yg benar.... ada ketika sebab saya rasa apa pon saya ckp, kesannya sama aje... dan kengkadang sbb saya rasa org takkan faham kalau saya bgtau yg sebenarnya, dan saya takde masa nak terangkannya...
tp mulai hari ini, saya akan cuba utk berterus terang walau seremeh mana pon perkara tu...
"jannah... jgn masuk bilik tu... gelap... bukan sebab dlm bilik tu ada 'momok', tp sebab nanti takut jannah jatuh terlanggar apa2.. kan tak nampak dlm tu..."
Wednesday, April 22, 2009
kawan, rakan dan teman
Tuesday, April 21, 2009
entry untuk kawan saya yg sedang bersedih
Tuesday, April 14, 2009
ada rezeki saya
cuba anda teka ape yg tertulis atas kertas tu? "KEPADA SESIAPA YG ADA KEHILANGAN JAM, SILA HUBUNGI KAK MUZ"
itulah yg dikatakan masih ada rezeki saya... alhamdulillah, jam saya yg hilang tu dah dapat semula... mungkin sebelum ni saya tak cite, sebenarnya ni kali ke-2 jam saya hilang.. hehe...
nota kaki : esok melaka cuti sempena hari melaka bandaraya bersejarah... yeay!