Tuesday, June 23, 2009

lamanya...

Posted by cik ayu at 10:19 PM
lamanya saya tak update blog nih... bz.. baru skang ada masa nak update blog..

balik kg!
04062009 - pd malamnya, lepas hubby abes keje dan sampai ke melaka, kami sekeluarga pulang ke kg. tepat jam 12 malam, saya pon ucap 'hepi besday' pd hubby dan bg hadiah pd hubby. tahun ni saya bg jam tangan kat hubby... masa tu hubby tgh drive. sungguh tak bersabarnya hubby sehingga sanggup berhenti di tepi jalan sebentar utk membuka hadiahnya itu..

berehat
05062009 - hari ni kami berehat. kumpul energy utk journey yg panjang ke kelantan pada keesokan harinya. so takde ape2 aktiviti menarik.

trip ke kelantan
06062009 - kami bertolak ke kelantan pd jam 9 pg la lebih kurang. kami tiba kat kelantan pukul 6 ptg kot. lepas solat asar, kami ke pantai.. btol2 depan rumah arwah atuk hubby. rumah tu rumah pusaka, takde org duduk. sekali sekala, mazlan - sepupu hubby, ada la dtg tlg tgk2 kan rumah tu.. (sgt terlupa utk men'snap' gambar rumah itu). lupa plak nak ckp.. ni pertama kali saya dtg kg hubby kat kelantan ni..

menghias bilik pengantin
07062009 - esok adalah hari perkahwinan sepupu hubby (bukan mazlan itu, mazlan sudah berkahwin ya). saya, rina (adik ipar saya) dan ibu mertuaku menolong menghias bilik pengantin.. segala bunga2 yg disediakan oleh kakak mak andam (saya agak jek.. rasanya kakak tu mak andam) kami gunakan... bunga2 dililit sehingga ke meja solek.. huhu
petang tu kami ke kota baru. pergi pasar siti khadijah. saya beli tudung 2 helai. (perbelanjaan yg tidak disengajakan.. huhu)

ke pejabat tanah & makan nasi minyak
08062009 - pg tu saya dan hubby hantar ibu mertuaku ke pejabat tanah (antara tujuan utama blk ke kelantan). ada urusan yg perlu diselesaikan. semasa menunggu giliran, baru perasan yg kami takde salinan geran lama. hubby pergi ke kedai berdekatan utk buat salinan. jd nombor giliran kami dgn baik hatinya kami nak pass la kat org2 yg nombor giliran nya mungkin terkebelakang. skali makcik tu kata "takpe la... lgpon kat sini dia x ikut sgt nombor giliran.." (of course la dia ckp dlm loghat kelantan tp saya x tahu nak taip mcm mana.. huhu). sungguh pelik, mesin utk meng'produce' nombor giliran ada.. skrin yg memaparkan nombor giliran ada.. tp apsal makcik tu kata gitu. tu pasal la dr td saya tgk nombornya x bergerak.. sungguh pelik. tp akhirnya kami berjaya men'settle'kan urusan tanah itu.
tgh hari kami makan kenduri. boleh tahan sedap.
selepas makan kenduri kami pergi ke rantau panjang. saya beli periuk 3 biji. (perbelanjaan yg tidak begitu dirancang..huhu)

balik semula ke endau
09062009 - hari ni kami pulang semula ke endau. kali ni ikut jalan pantai. so lalu la kuala terengganu. saya telah melihat keruntuhan stadium yg diheboh2kan itu. sungguh dahsyat. seb baik takde kemalangan yg terjadi.

balik semula ke melaka
10062009 - kami balik semula ke melaka. raihan (adik ipar saya yg bongsu), rina (juga adik ipar saya) dan ibu mertuaku ikut kami pulang bersama. tp rina kena naik bas. satriaku itu tak mampu menanggung muatan.. huhu.. kami telah mendapat hint2 utk membeli kereta lg besar. tp nanti la dulu ye... ada rezeki, InsyaAllah.

kerja smula
11-12062009 - nak cite gak ke yg ni? takyah le....

membeli kain langsir dan baju raya, melawat org uzur dan ke kandang kambing
13062009 - tujuan ibu mertuaku ke melaka adalah sebahagiannya utk membeli kain langsir di kedai kegemarannya , Jekel (betol ke saya eja nih?). jd pg itu kami ke kedai tersebut. semasa sebok memilih langsir, dj kedai itu kata ada lelong tergempar akan dibuat lg 10 minit di tingkat bawah. ibu mertuaku amat excited dan mengajak kami ke bawah dgn segera. kami berjaya membeli kain yg harga biasa nya rm90 sepasang pd harga rm40 sepasang (tp at least kena beli 3 pasang).. lepas makan tengah hari kami ke bukit baru utk melawat ayah angkat ibu mertuaku yg sudah uzur. sungguh sedih melihat atuk itu. rasanya umurnya sudah mencapai 100thn.
selepas itu kami ke kandang kambing kak nora. jannah seperti biasa bile tang bab binatang2 sgt excited. jannah bermain2 dgn anak2 kambing yg sudah kematian ibunya. kasihan anak2 kambing itu.


ke kl utk berkursus
14062009 - kami bertolak ke kl. sebelum ke sunway, menghantar ibu mertuaku dan adik2 ipar ke rumah abg ipar di ampang.

kursus.. ilmu yg sgt bermakna
15 - 19062009 - saya mengikuti kursus yg dianjurkan oleh ichem*.. bnyk ilmu yg ditimba. omputeh ni kalo mengajar bagus betul.. tidak sesaat pon dipersia2kan... pd ptg 19062009 tu kami balik semula ke melaka. oh ya! salah satu dr hari tersebut kami makan di ikea. jannah sgt suke mkn fries itu!


rumah sunyi semula
20062009 - ibu mertuaku dan adik2 iparku balik ke mersing menaiki bas.

rasanya itu je kot yg mampu di'update'.. sungguh panjang bukan? saya tak larat nak baca semula utk membetulkan struktur ayat yg memang sedia tak betul itu.

time kasih kerana sudi membaca!

1 comments on "lamanya..."

hubby said...

Tq for the watch sayang... i love u soooooo much sayang!! Mmmmuuaahhhhh!!!

p/s: sgt2 memenuhi keinginan hubby... geram je nak tekan2 byk2 jarum tu.. tapi sekarang dah dapat mengawal sebab takot bateri abes...

 

CupcakesChek Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal