Wednesday, June 24, 2009

semoga rohnya dirahmati Allah

Posted by cik ayu at 4:37 PM
lebih kurang pukul 12 tgh hari td, jenazah selamat dikebumikan. saya berkesempatan melihat jenazah disembahyangkan dan dikebumikan. sungguh tak sangka.. baru jumaat lepas saya ke rumah kak nana utk jemput jannah (lepas abes kursus dan amek ibu mertuaku di ampang - sila lihat detail nya di entry sbl ini). oh ya! arwah ni suami kak nana. kak nana, sepupu yg paling rapat dgn saya, kami dah mcm adik beradik. masa kak nana kecik2, maktok yg jaga dia. so kalau blk kg, kak nana la yg jd geng saya main2. lgpon, kalau cuti skolah maktok slalu dtg rumah saya. sbb tu lah kami rapat.
so bile saya rapat dgn kak nana, secara tak langsung saya baik jugak la dgn arwah. arwah mmg baik orgnya. derang ada 2 org anak, fatin, 9 thn dan aqmar, 5 thn.

kronologi

19062009
semasa saya ke rumah kak nana, arwah ada. sempat la saya berbual dgn arwah, tanya2 pasal kerja dia. sebab dia keje ngan kontraktor petron*s. so sedikit sebanyak saya tahu la nature projek nya tu. dulu dia ada projek kat seremban tp skang projek tu dah habis. projek yg baru di segamat.

22062009
saya telefon kak nana, nak tanya arwah pasal jalan ke segamat kalau dr alor gajah ni. saya telah diarahkan (secara adhoc) oleh bos saya utk menghadiri satu mesyuarat kat segamat (malas sebenarnya nak pergi, dah le sehari jek... buat penat travel jek). kak nana kata, arwah ada kat segamat, takde kat rumah. so saya pon tepon arwah. arwah bg direction & contact hotel yg ok kat segamat utk saya duduk.

23-24062009
mesyuarat kat segamat tu postpone ke bulan depan. sungguh lega! selepas saya update blog.. saya ceting ngan hubby.. (pakai videocall). cakap punye cakap dah pukul 12.30 pg. saya pon solat isya' (sebenarnya sgt segan utk dimaklumkan di sini, sgt lambat sekali menunaikan solat isya' ya!). so by the time saya nak tido, jam dah pukul 1 pg. baru saya nak terlelap, dgr tepon ringing, tgk2 nama mak yg appear. sgt suspen, paham2 je la... biasanya kalau call di waktu2 mcm ni, mesti ada emergency. (bak sakit kena kayap, dah dekat sebulan, 2 minggu yg pertama tgn bak sgt2 sakit. sekarang sakitnya kadang2 ada. so bile mak call time2 mcm ni, dlm kepala saya hanya terfikirkan bak). mak bgtau saya berita sedih itu.

---------

begitu la cerita nya... lepas mak call, saya tak dpt lelapkan mata. saya terfikirkan kak nana. saya bayangkan bagaimana kalau saya yg berada di tempat kak nana. mampukah saya hadapinya? saya terbayangkan wajah anak2 derang. tambah sedih.
bagaimana pula kalau saya yg ditempat arwah? bersediakah saya? walaupun sebenarnya benda ni mungkin semua org sedar - 'ajal blh tiba bila2'. tp statement ni slalu kite parking dlm kotak pikiran kite yg paling belakang. 'bila2' itu kite tafsirkan mungkin 20-30 thn lg, sedangkan bila2 itu blh jd BILA2, blh jd sedetik dr noktah yg mengakhiri ayat ini.

semoga roh arwah dicucuri rahmatNya. semoga kak nana tabah menghadapi hari2 mendatang. saya hanya mampu berdoa utk keduanya.


Al- Fatihah

0 comments on "semoga rohnya dirahmati Allah"

 

CupcakesChek Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal