Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Monday, October 4, 2010

tutorial utk hawa

Posted by cik ayu at 9:41 PM 2 comments

tutorial ni utk hawa yg request cik ayu share cara guna fondant letter cutter. ini lah tutorial yg cik ayu ikut. It's by Lorraine McKay again! cik ayu tak pernah belajar formally, main ikut2 jek.. hehe.. lps ni hawa sure blh buat punye!


p/s: lps tgk video nih, terus dok usha fondant leter cutter kat kedai, last2 beli on-line gak.. hehe.. cubaan pertama cik ayu guna fondant letter cutter adalah utk cupcakes mai di sini.


Thursday, August 12, 2010

kepada yg rindukan tutorial

Posted by cik ayu at 5:00 PM 4 comments

salam semua,

Ramadhan ni cik ayu tutup kedai, so ada la masa nak share ilmu yg sedikit nih.. =) rasanya recently ada yg tanya mcm mana cik ayu cover mini cakes ngan fondant. cik ayu tak sempat la nak tunjuk by picture, step by step camne nak buat mcm yg cik ayu slalu buat dulu2.. tp ni ada satu video dari Lorraine McKay @ Extra Icing on the Cake! (bnyk yg cik ayu blaja dr Lorraine ni, cam roses fondant tu.. sumenye ilmu dari Lorraine.)

cik ayu harap video ni membantu ya!


p/s: since Lorraine is using dummy cake, she applied water before covering the dummy cake. cik ayu slalu apply a thin layer of jem/ buttercream icing instead of water. lg satu cik ayu tak guna cake smoother since i don't have one =)

* this is a scheduled entry.


Monday, July 5, 2010

cookies deco strategy

Posted by cik ayu at 1:30 PM 7 comments
salam semua... harap semuanya sihat.. cik ayu? sihat la sket, tak macam last week.. memula hubby demam, pastu cik ayu demam, dan skang jannah plak demam. jannah is having high fever, alhamdulillah skang dah reda sket lepas amek ubat doktor kasi (this is the 2nd time cik ayu bawak jannah jumpa doctor!).

ok.. back to the 'real' topic. how to deco your cookies as you imagine it'll look like? mari kite tgk gambar cookies cik ayu di bawah ni..
can you spot the difference between gambar 1 and gambar 2? ya betul! gambar 1, cookies nya ada outline yg clear, dan gambar 2 outline nye hampir tak kelihatan.
so here are the cookies deco strategy for both cookies:

cookies dlm gambar 1
1) buat outline dulu - bentuk petals daisy tu
2) tunggu outline kite kering
3) kemudian 'flood'kan icing dlm outline yg dah kering

cookies dlm gambar 2
1) buat outline - heart shape
2) kemudian terus 'flood'kan icing dlm outline td, tak perlu tunggu hingga outline kering. this way, the flooding icing will smooth out dan akan jd sama rata dgn outline. so outline takkan kelihatan nyata.
cik ayu ada label no.1 dan no.2 dlm gambar 2 tu kan.. utk deco mcm ni, you have to work fast! kalau anda kurang pantas hasilnya akan jd mcm yg cik ayu label ngan no. 1, kite boleh nampak outline tu kan? kalau anda pantas, hasil nya akan jd mcm yg cik ayu label ngan no. 2. just nice.

so the basic rule is: kalau kite nak icing tu smooth out, jd sama rata, then u don't have to wait until the first applied icing to dry. tp kalau anda nak ia kelihatan, then tunggu sehingga ia kering. senang kan!

ok.. skang mari cik ayu buat kuiz utk anda semua!

source: google image

camne kite nak deco cookies yg commmel mcm gambar di atas ni? =)

Friday, May 21, 2010

marshmallow flower topper

Posted by cik ayu at 8:27 PM 2 comments
seperti yg dijanjikan, cik ayu akan share camne nak buat marshmallow flower topper. marshmallow flower topper ni boleh digunakan utk deco cupcakes (mcm cik ayu buat kat sini...) dan juga kek anda!

1. ini barang2 yg kite perlukan: marshmallow bentuk bunga, toothpick, riben, tape hijau (yg mcm org guna utk buat bunga telur tu) dan gunting.

2. mula2 balut toothpick dgn tape hijau.

3. lepas tu, cucuk marshmallow pd toothpick td.4. kemudian buat bentuk daun menggunakan tape hijau dan lekatkan pd 'tangkai' bunga marshmallow td. dan ini hasilnya! p/s: boleh ikat riben kat bawah bunga tu kalau mahu ya!

ini pula mcm mana cik ayu deco cupcakes dgn 'rumput2'.

1. 'icing'kan cupcake dgn chocolate ganache. tak rata pon takpe sbb nak bg nampak effect mcm tanah.

2. dgn menggunakan icing tip no. 233 dr wilton, 'icing'kan buttercream berwarna hijau di atas choc ganache td. pegang piping bag dgn icing tip 90darjah di atas cupcake, kemudian tekan piping bag dan tarik icing tip ke atas. (aisehhh... lupa plak nak snap gambar masa 'pipe'kan 'rumput' ni... harap2 blh paham la ye penerangan cik ayu ni.) dan ini hasilnya!

p/s: kemudian, blh taburkan bunga2 icing yg kecil dan letakkan marshmallow flower topper di tengah2 cupcake anda!

selamat mencuba!

Sunday, May 9, 2010

skarang kite buat bunga :)

Posted by cik ayu at 3:40 PM 6 comments

salam semua pembaca CupcakesChek,

hari ini kite akan belajar mcm mana nak guna flower veiner, seperti yg saya janjikan dulu. (lina..entry ni spesel utk awak.. hehe).

1. ini barang2 yg kite perlukan: fondant, pewarna, rolling pin, stokin ajaib saya (hehe.. stokin berisi tepung jagung ya), acuan bunga (5 petal) dan flower veiner.

2. mula2 warnakan fondant anda. saya gunakan kaler violet dr wilton (comotnye la botol kaler cik ayu kan.. hehe).

3. kemudian canaikan fondant dan terap acuan bunga di atas fondant.

4. 'dust'kan sedikit tepung jagung pd flower veiner, dua2 belah skali ok! ini utk elakkan dr fondant melekat pd flower veiner. kemudian letakkan fondant yg telah diterap td di atas flower veiner. adjust kedudukannya supaya petal bunga tu selari.

5. tekan bhgn atas flower veiner ke atas fondant td. jgn terlalu kuat ya, nanti fondant akan jd terlalu nipis, ia akan melekat pd flower veiner dan susah pula utk di'handle' nanti.

6. dgn berhati2 keluarkan bunga yg telah di'vein'kan (ada ke perkataan ni? hehe..) td dan letakkan di atas permukaan yg blh mengekalkan bentuknya sehingga ia kering dgn sempurna. saya letakkan di atas sarang telur :) dan inilah hasilnya!

selamat mencuba!

Thursday, May 6, 2010

mari kite buat daun!

Posted by cik ayu at 10:40 PM 3 comments

salam semua pembaca CupcakesChek,

sebelum buat bunga (yg saya janjikan tu.. hehe).. mari kite buat daun nya dulu ya!

1. ini barang2 yg diperlukan: fondant/ white icing, kaler hijau (saya guna kaler mint dr americolor), rolling pin, tepung jagung (yg dlm stokin tu ye.. letak dlm stokin pasal senang nak 'dust'kan dia atas fondant) dan acuan daun (yg ada plunger utk effect urat daun tu).

2. white icing ni agak lembut, so kite kena 'dust'kan dgn tepung jagung sikit supaya kite dpt consistency yg elok. 'dust'kan tepung jagung pd fondant dan uli sehingga ia tidak melekit di tangan dan tidak pula berlebihan sampai fondant tu jd keras. kemudian warnakan fondant dgn pewarna.

3. canai fondant dan terap dgn menggunakan acuan daun td. tekan plunger ke bawah utk mendapatkan effect urat daun tersebut. tekan dgn daya yg agak kuat supaya effect urat daun tu nampak jelas.

4. dgn menggunakan ibu jari dan jari telunjuk bentukkan daun fondant td supaya jd sedikit melengkung. ini utk dptkan 3D effect pd daun tersebut, dan menjadikan ia nampak lebih 'real'.

5. letakkan daun fondant pd sesuatu yg blh mengekalkan bentuk yg kite buat td. anda blh gunakan sarang telur, pallete water colour atau apa2 saja mengikut kreativiti anda. saya gunakan bekas muffin (pasal cari sarang telur tak jumpa.. hehe, so pakai je la mana yg ada). daun fondant ini akan mengekalkan bentuknya apabila sudah kering setelah terdedah pd udara dlm masa beberapa jam.selamat mencuba!

Monday, May 3, 2010

spider web effect

Posted by cik ayu at 8:03 PM 6 comments

salam semua pembaca CupcakesChek!

kali ni saya nak share satu teknik deco yg sgt senang. saya panggil teknik ni > spider web effect, sbb hasilnya seakan-akan web labah2.

1. ini barang yg kite perlukan: buttercream icing (2 warna, saya gunakan putih dan hijau), piping bag, icing tip bulat (saya pakai icing tip no.3), spatula dan pencungkil gigi/ tooth pick (takde dlm gambar.. terlupa plak nak snap skali td, hehe)

2. mula2 ratakan buttercream icing di atas cupcake menggunakan spatula.

3. kemudian masukkan buttercream icing yg lg satu dlm piping bag dgn icing tip berbentuk bulat. ini tips utk anda, masukkan icing bag ke dlm cawan, kemudian masukkan icing dlm piping bag tersebut. ini boleh elakkan dr icing bersepah2 dan jd sgt messy.

4. pipekan icing di atas cupcake td, buat bentuk seperti bentuk ubat nyamuk, mula dr tengah ya!

5. ok. ini trick nya, letakkan pencungkil gigi/ tooth pick di tengah bentuk ubat nyamuk td dan tarik pencungkil gigi/ tooth pick ke luar. ulang langkah ini sehingga corak 'spider web' ini penuh. dan ini hasilnya!
selamat mencuba!

p/s: kalau guna icing kaler hitam dan putih lg cun rasanya, tp memandangkan yg ada kat dlm fridge cik ayu hanya icing kaler putih dan hijau so pakai ape yg ada je la. nanti lain kali kite belajar buat spidernya plak ya!

Friday, April 30, 2010

fondant miniature rose

Posted by cik ayu at 5:09 PM 5 comments

last time saya share mcm mana nak buat ribbon rose.. hari ni saya nak share mcm mana nak buat miniature rose pula. bezanya? miniature rose nampak sedikit real berbanding dgn ribbon rose tu (nama pon ribbon rose kan.. hehe). apa yg anda perlukan hanya sebatang pencungkil gigi/ tooth pick.

basically, anda perlu follow cara yg sama (step 6 - 8) di sini. trick nya ialah, lepas step 8 anda perlu 'frill' fondant tersebut. mcm mana? hanya perlu golekkan pencungkil gigi/ tooth pick di atas fondant anda (lebih kurang 3/4 bahagian dari atas) di sepanjang fondant tersebut.

dan anda akan dpt effect 'frill', mcm kat bawah ni.

selepas itu, terbalikkan fondant (bahagian yg ada effect 'frill' tu menghala ke bawah) dan gulungkan mcm biasa.

o ya. utk bg miniature rose ni nampak sedikit kembang, dgn menggunakan jari atau pencungkil gigi/ tooth pick bukakan atau tarik sedikit kelopaknya keluar.

tadaaa!! miniature rose anda sudah pun siap! sungguh comel kalau jd hiasan di atas cuppies anda! :)


selamat mencuba!


Wednesday, April 28, 2010

cupcake deco with fondant ribbon rose

Posted by cik ayu at 7:03 PM 13 comments
hari ni saya nak share mcm mana nak deco cupcake dgn mini ribbon rose. saya juga akan tunjukkan mcm mana nak guna imprinted mat/ texture mat.

1. ini tool yg kite perlukan: cutter, rolling pin dan fondant (saya gunakan yg ready made). kite juga akan perlukan imprinted mat / texture mat.
2. mula2 kite canaikan fondant. jgn canaikan fondant atas texture mat tu dulu ya. canaikan atas permukaan yg rata dulu. setelah dpt ketebalan yg dikehendaki, baru anda canaikan atas texture mat. canaikan sekali sahaja atas texture mat tersebut dgn force atau daya yg sekata utk kesan yg cantik.
3. kemudian terapkan cutter pd fondant yg dah ada texture tu.
4. ambil cupcake anda, isikan buttercream icing ke atas cupcake dan ratakan menggunakan bahagian belakang sudu. kalau tak buat mcm ni, fondant yg kite akan letak atas cupcake nanti tidak akan rata.
5. kemudian ambil fondant yg tlh diterap td dan letakkan di tgh2 bhgn atas cupcake.
6. ok! sekarang kita akan mula buat mini ribbon rose. mula2 warnakan sedikit fondant dgn warna yg anda kehendaki. saya pilih warna pink dr wilton.
kemudian bulatkan fondant tersebut, anggaran sebesar jari kelingking (ini bergantung kepada berapa besar anda mahukan saiz ribbon rose tersebut).
7. dgn menggunakan kedua2 belah tapak tgn, uli fondant td menjadi panjang seperti dlm gambar di bawah.
8. dgn menggunakan rolling pin,canai fondant tersebut.
9. gulungkan fondant yg telah dicanai td, membentuk sekuntum ribbon rose yg comel!
10. letakkan ribbon rose comel ini di atas cupcake td. dan inilah hasilnya!
selamat mencuba!

 

CupcakesChek Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal