Tuesday, January 4, 2011

my moist chocolate cake recipe

Posted by cik ayu at 9:45 PM
as requested by my 'fan' (haha.. iye ke fan nih? pasan.. pasan..), here is my moist chocolate cake recipe.. hmmm.. ini lah resepi yg cik ayu guna utk buat kek ini..
dan ini..

Bahan-bahan:

A

100 gm cocoa powder

150 gm tepung

1 tsp baking powder

1 tsp soda bicarbonate

- Ayak bersama bahan A

B

1 tin susu sejat

150 ml susu pekat

200 ml minyak jagung

200 gm gula kastor

- Masak bahan B di atas api yg perlahan hingga larut

4 biji telur (kacau dalam sebuah bekas)

sedikit esen vanilla

Cara-cara:

1. Masukkan telur ke dalam adunan (bahan B) yg telah dimasak tadi. Kacau hingga sebati.

2. Masukkan bahan yg diayak (bahan A), kacau rata hingga sebati.

3. Masukkan sedikit esen vanilla.

4. Tapis untuk mendapatkan adunan yg rata dan cantik.

5. Masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit - 1 jam. * nak bakar boleh juga, bakar pd suhu 180 degC. cik ayu slalu kukus saja =)


Hiasan : cik ayu slalu guna chocolate ganache dr resepi Devil's Food Chocolate Cake tu =)


2 comments on "my moist chocolate cake recipe"

Illi Hzbull on January 7, 2011 at 11:19 AM said...

akak, bahan ni utk kek besar mana?

cik ayu on January 7, 2011 at 6:50 PM said...

illi, rasanya dekat 1kg jugak kek nih.. tarikh illi tu InsyaAllah boleh.. lambat lg tu kan =)

 

CupcakesChek Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal